
Penyanyi, Datin Alyah mendedahkan suaminya iaitu maestro muzik, Profesor Adjung Datuk Ramli MS tidak gemar menukar barangan selagi masih boleh digunakan.Menurut Alyah, Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram sebenarnya sudah mempunyai telefon bimbit baharu, namun masih memilih untuk menggunakan telefon lama selagi tidak rosak.Malah kata Alyah, dia sendiri sudah menghadiahkan telefon baharu kepada Tok Ram, namun sikap suaminya yang enggan membazir membuatkan pemberian tersebut masih belum digunakan sepenuhnya.“Kemarin ada post video Tok Ram order donut untuk zara tapi ada yang komen ‘dah boleh tukar kot cover phone Tok Ram’“Sebenarnya dah ada phone baru, dah present dekat dia. Tapi dia sejenis akan guna phone tu sampai barai dan tak bole guna nanti baru dia tukar,” kongsinya di Threads.Menariknya kata Alyah, sikap tersebut secara tidak langsung membuatkan dirinya juga turut belajar untuk lebih berjimat cermat dan tidak terlalu mengikut kehendak untuk memiliki barangan baharu.“Jadi saya dah jangkit perangai Tok Ram dah hehehe, tapi bila difikir-fikir balik, kurangkan pembaziran.“Kita pun bukan kaya raya tapi Allah SWT bagi senang sikit, syukur alhamdulillah,” tulisnya.






