Alyah sebak dapat makan kuih donat air tangan ibu selepas keluar hospital. 'Di Makkah asyik teringat...'

9 Jul 2024 • 1:58 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENYANYI Datin Alyah hampir menitiskan air mata kerinduan selepas menikmati keenakan donat hasil air tangan ibunya.

Lebih menyentuh hati, pemilik nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hassan itu tidak sempat memberi tahu hasrat tersebut apabila dikejarkan ke hospital sejurus pulang ke tanah air akibat batuk berpanjangan.

Wanita berusia 43 tahun berkenaan yang turut berkongsi perkembangan kesihatannya berkata, beliau sudah mengidam kuih donat ketika menunaikan haji, namun kuih yang dibelinya di tanah suci tidak menepati cita rasanya kerana terlalu manis.

Ketika itulah Alyah mengimbau kesedapan kuih yang dimasak ibu tersayang walaupun hanya bersalut gula ising.

"Masa kat Makkah saya beli donut sebab teringin nak makan. Manis betul kuih itu di sana. Sambil fikiran saya berkata, nak makan donat (bodoh-bodoh mak saya).

"Saya balik tak sempat nak makan apa-apa terus masuk hospital,"katanya.

Dalam pada itu, Alyah memberitahu kesihatannya semakin pulih namun bahagian rusuk kirinya masih dalam keadaan sakit.

image is not available

Sekadar info, penyanyi lagu 'Kisah Hati' itu dijadualkan pulang ke tanah air pada 17 Julai depan namun terpaksa pulang lebih awal pada 4 Julai selepas keadaan kesihatannya merosot dan tidak mengizinkan.

image is not available

Ibu angkat kepada bayi Nur Izzara itu juga telah menarik diri daripada program realiti The Hardest Singing untuk membuat persiapan bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.