Amad beri bunga buat Thalita, ibu seloroh siap minta restu – “Kawan sampai kahwin”

EntertainmentLifestyle
18 Aug 2025 • 12:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak lelaki kepada penyanyi Siti Sairah, Ahmad Daiyan atau mesra disapa sebagai Amad mencuri perhatian warganet apabila membuat persembahan nyanyian di sebuah majlis meet & greet bagi menghargai peminatnya.

Beri bunga, minta restu

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Ahmad dilihat menyanyikan lagu Azimat Cinta sambil membawa sejambak bunga yang diberikan kepada Thalita iaitu anak kepada pelawak Shuib Sepahtu.

Dalam pada itu, Ahmad juga dilihat menghulurkan tangan menyantuni Shuib dan gelagat comel itu telah disakat oleh isterinya, Watie Hanifiah

“Amad minta restu, pandai dia ni. Jadi lulus ke tak,” kata Watie di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian berasingan, Shuib juga sempat meninggalkan ucapan tahniah buat penyanyi cilik itu dan berkongsi beberapa keping gambar keluarga bersama.

“Tahniah Amad,” tulis Shuib.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat moment manis itu dan mendoakan Amad dan Thalita berjaya dalam karier seni sebagai seorang penyanyi.

Malah ada juga wargamaya terhibur melihat gelagat Watie yang dilihat akrab bersama anak-anak tirinyanya dan berharap kedua-dua mereka berjodoh suatu hari nanti.

Kawan sampai kahwin

image is not available

Rasa nak gelak sama

image is not available

Depan-depan minta restu

image is not available

Setakat artikel ini ditlis, hantaran tersebut telah meraih 1.4 juta tontonan dan mnerima lebih 110,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Shuib Sepahtu

View Original Article