Amad rebah, Shuib tak nafi gangguan mistik – “Bapa tiri dia call masa live, tanya fasal ustaz..”

EntertainmentLifestyle
13 Oct 2025 • 10:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak Shuib Sepahtu menzahirkan rasa simpati melihat keadaan penyanyi Amad yang dipercayai rebah sebelum menghabiskan persembahan dalam program realiti Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung pada malam Ahad.

Tak nafi gangguan mistik

image is not available

Memetik laporan mStar, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 41, berkata satu panggilan kecemasan diterima daripada bapa tiri Amad yang bertanyakan berkenaan pengamal perubatan Islam yang dikenalinya sewaktu siaran langsung.

“Sewaktu Auddra buat persembahan tiba-tiba Idan (panggilan bapa tiri Amad) hubungi saya ketika itu masih siaran langsung. Dia tanya fasal kawan saya yang Ustaz dan beritahu keadaan Amad tidak baik.

“Saya terkejut dan bila beritahu Saerah dia terus cemas. Jadi bila Auddra habis buat persembahan saya terus ke belakang dan lihat keadaan Amad memang saya sedih dan bersimpati,” kata Shuib.

Shuib berkongsi perkara itu sebaik sahaja selesai program TTMM yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Berkongsi lanjut, Shuib menceritakan dia sempat melihat keadaan Amad setelah tamat melakukan persembahan di belakang pentas namun keadaannya pada ketika itu agak membimbangkan.

Malah ketika itu pihak Amad juga sudah diberikan bantuan daripada pasukan perubatan dan disahkan kesihatannya dalam keadaan baik.

image is not available

“Bila habis persembahan saya dan Saerah pergi ke belakang pentas lihat keadaan dia, memang kesian. Kasut dan baju dia sudah dibuka untuk beri ruang bernafas.

“Pasukan perubatan pun ada ketika itu dan bila diperiksa semuanya dalam keadaan baik saja,” jelasnya.

Tambah Shuib lagi, dia tidak terkejut sekiranya apa yang terjadi kepada Amad mempunyai kaitan dengan gangguan mistik memandangkan dirinya sendiri pernah berdepan situasi yang sama ketika arwah isterinya, Siti Sarah, bertanding di pentas itu menerusi program Gegar Vaganza (GV).

Namun begitu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu percaya setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan menjadi pelajaran buat orang ramai.

image is not available

“Tapi saya tidak terkejut sangat dengan tempat ini sebab saya pun ada peristiwa mendukung Siti Sarah di sini.

“Saya harap Amad tidak putus asa, rezeki dia murah sebab orang buat dia macam itu mesti ada hikmah,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Thalita, 12, yang juga peserta TTMM, turut meluahkan rasa simpati terhadap Amad setelah melihat sendiri usaha yang dilakukan oleh Amad sepanjang sesi latihan sebelum malam finale itu berlangsung.

“Saya rasa kesian sangat dengan dia sebab tengok latihan dia sangat bagus, vokal dia mantap!

“Habis persembahan untuk tukar baju dia sempat cakap tahniah pada saya, dalam 20 minit tiba-tiba Uncle Idan tanya ustaz duduk mana dan minta nombor telefon,” luahnya.

Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin)