Amalan lantikan timbalan Exco bukan perkara baharu

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 1:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Amalan lantikan timbalan Exco bukan perkara baharu

MELAKA: Pendekatan pelantikan timbalan Exco dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri Melaka bukan perkara baharu dan pelantikan itu dilakukan bagi memastikan rakyat negeri itu mendapat perkhidmatan terbaik.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, amalan yang diteruskan pada penggal ini, adalah bagi membantu anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) menjalankan tugas dengan lebih efisien, berdasarkan portfolio masing-masing seperti yang dilaksanakan pada penggal lepas.

“Jadi (ini) negeri, saya…diamanahkan untuk menguruskannya dan saya juga bertanggungjawab dalam memastikan bahawa rakyat Melaka akan mendapat perkhidmatan kerajaan yang terbaik, daripada struktur yang saya susunkan,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni 165 calon Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai perbandingan yang dibuat antara Melaka dengan Selangor berhubung bilangan Exco, susulan pelantikan timbalan Exco di Melaka.

Ab Rauf berkata, setiap pelantikan dalam pentadbirannya dinilai berdasarkan keperluan, keberkesanan serta kepentingan rakyat, dalam memastikan pengurusan negeri dilaksanakan dengan berkesan, pantas dan lebih tersusun.

“Kita masih ikut peraturan…bilangan anggota Exco Melaka kekal 10 orang selain Ketua Menteri, selaras dengan garis panduan sedia ada. Kita dah buat kajian.

“Hendak dibandingkan dengan Selangor, jumlah kerusi yang dimenangi pun berbeza. Jadi siapa nak persoalkan tentang Melaka? Saya tahu apa yang saya buat sebab struktur yang disusun, sesuai untuk Melaka. Kita tidak ada perbelanjaan besar masih sama,” katanya.

Pada 19 November lalu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, bagi membentuk barisan pentadbiran baharu negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.- BERNAMA

The post Amalan lantikan timbalan Exco bukan perkara baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved