Amanah akan hadapi PRU16 tanpa kerjasama BN - Khalid

LocalPolitics
22 Nov 2026 • 10:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amanah akan hadapi PRU16 tanpa kerjasama BN - Khalid
Khalid
Image from: Amanah akan hadapi PRU16 tanpa kerjasama BN - Khalid
Hampir kesemua perwakilan menyokong usul pendirian tegas menghadapi PRU16 tanpa kerjasama dengan BN pada Konvensyen Nasional 2026 parti tersebut.

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil ketetapan bahawa akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu dibuat selepas usul berkenaan mendapat sokongan hampir kesemua perwakilan pada Konvensyen Nasional 2026 parti tersebut.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, terdapat 40 usul yang diterima daripada perwakilan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa usul.

Menurutnya, usul terima untuk dibahas 11, namun apabila dicantumkan beberapa usul ada persamaan.

"Jadi akan dibahas ada lima. Perkara pertama usul gabungan dari Negeri Selangor, Kawasan Subang dan Kelantan berhubung pendirian tegas menghadapi PRU 16 tanpa kerjasama dengan BN.

“Kita minta maaf kepada wakil Pahang yang sebut hubungan dengan BN sangat cantik dan tak nak diputuskan. Hubungan peribadi tiada masalah tetapi pilihan raya kita nak bertanding secara berasingan,” ujarnya di sini pada Ahad.

**media[3718620]**

Tambah Khalid, usul kedua dari Shah Alam dan Selangor mewujudkan penggal tetap bagi setiap kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya demi menjamin kestabilan politik negara.

“Seterusnya, mengembleng usahawan tani melalui gerak kerja koperasi bagi keterjaminan makanan negara dan pemerkasaan ekonomi bumiputera," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved