Ahmad Maslan mahu pendirian politik diperjelas -“Negeri ikut BN, pusat ikut PH? Mana boleh!”

LocalPolitics
21 Nov 2026 • 1:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO perlu menetapkan pendirian politik yang jelas berhubung kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan parti lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Tak mahu orang keliru

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Sekretariat War Room UMNO Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan penyelarasan pendirian politik antara peringkat negeri dan Pusat perlu diputuskan segera, khususnya apabila wujud perbezaan pendekatan kerjasama di kedua-dua peringkat.

Menurutnya, keadaan yang menyaksikan BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di sesetengah negeri, tetapi bersama Pakatan Harapan (PH) di peringkat Pusat boleh menimbulkan persoalan mengenai hala tuju sebenar parti.

“Kita tidak mahu orang keliru apabila di negeri kita tidak bersama, tetapi di Pusat kita bersama.
“Di negeri ikut BN, di Pusat ikut PH, mana boleh begitu. Saya kira kita perlu selaraskan,” katanya.

Image from: Ahmad Maslan mahu pendirian politik diperjelas -“Negeri ikut BN, pusat ikut PH? Mana boleh!”

Beliau berkata demikian selepas majlis Perasmian Dewan Terbuka Al-Hikmah Sekolah Agama Bandar Benut.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, parti itu tidak seharusnya menunggu sehingga tarikh PRU16 diumumkan untuk memulakan persiapan pilihan raya.

Sebaliknya, beliau berpandangan gerak kerja perlu dimulakan sebaik sahaja memasuki tahun keempat selepas PRU15 yang berlangsung pada 19 November 2022.

Sudah perlu bekerja hadapi PRU16

Ujarnya, berdasarkan purata 15 pilihan raya sebelum ini, tempoh antara satu pilihan raya dengan pilihan raya berikutnya adalah sekitar empat tahun empat bulan.

“Apabila melepasi sahaja tahun keempat, bahagian-bahagian perlu mula bekerja untuk menghadapi PRU16.
“Purata satu pilihan raya ke satu pilihan raya adalah empat tahun empat bulan, tetapi mungkin juga empat tahun satu bulan, dua bulan, tiga bulan atau sehingga enam bulan. Itu terpulang, namun apabila melepasi empat tahun, ia sudah menjadi tahun persiapan,” katanya.

Tambahnya, persiapan berkenaan perlu melibatkan pengukuhan jentera pilihan raya, usaha mendekati pengundi serta menggerakkan portfolio penerangan bagi memastikan isu berkaitan parti dapat diketengahkan dengan lebih berkesan.

“Saya berharap portfolio pertama yang perlu digerakkan ialah penerangan. Ada banyak isu yang perlu kita bawa, ketengahkan dan jawab,” ujarnya.

Ahmad turut menggesa kerjasama BN dan PN di peringkat bahagian diperkukuh menerusi penganjuran program bersama, seperti yang sudah dilaksanakan di tiga negeri.

“Apabila tiga negeri sudah bersama dengan PN, takkan di Pusat kita nak bersama dengan PH pula,” katanya lagi.
Image from: Ahmad Maslan mahu pendirian politik diperjelas -“Negeri ikut BN, pusat ikut PH? Mana boleh!”

Foto: Pej TMKR

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved