AMANAT KITA: Kisah Kemajuan Malaysia Masih Diteruskan

LocalMovie
28 Aug 2026 • 3:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AMANAT KITA: Kisah Kemajuan Malaysia Masih Diteruskan

Kemerdekaan bukan sekadar membawa maksud membebaskan diri daripada penjajah, tetapi turut mengingatkan kita untuk mengimbas kembali amanat yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Bagi generasi rakyat Malaysia yang lebih muda hari ini, sambutan Merdeka bukan setakat menyingkap sejarah kita, tetapi turut mengajak kita melangkah ke hadapan dan menentukan hala tuju kita sebagai sebuah negara.

Inilah jalan cerita filem pendek berilhamkan semangat Merdeka terbaharu FedEx Malaysia, bertajuk “Every Journey Begins with Someone,” atau “Setiap Perjalanan Bermula dengan Seseorang” yang dilancarkan sempena Hari Merdeka ke-69 negara kita.

Video dua minit yang menyentuh hati ini mengikuti perjalanan sebuah bungkusan, tetapi ini bukan penghantaran biasa semata-mata. Kiriman ini bertukar tangan merentasi pelbagai era sepanjang fasa pembangunan Malaysia yang berbeza. Sesungguhnya kisah ini mencerminkan aspirasi sebuah negara yang sedang membangun.

Saksikan video penuh di sini: [https://www.youtube.com/watch?v=jtskwL7oinw]

Filem pendek ini memperlihatkan kecekalan dan kegigihan usaha rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat yang telah menerajui kemajuan Malaysia. Bukan setakat mengimbau kembali masa lepas, semangat filem mencerminkan momentum kukuh yang telah membina sebuah negara.

Kempen ini memberikan peringatan yang halus tetapi amat bermakna: “Jika amanat ini sampai kepadamu, bermakna kita telah pergi jauh. Bukan kerana jalannya mudah, tetapi kerana ada yang tidak berhenti melangkah.”

Keindahan dalam pesanan ini mengingatkan kita bahawa kemajuan negara bukan sahaja dibina oleh tokoh-tokoh masa lalu. Sesungguhnya kemajuan dicapai secara aktif berlandaskan kreativiti dan ketahanan generasi masa kini.

Malaysia Melangkah Maju Ke Hadapan

Sambil rakyat Malaysia terus mempelopori kemajuan, FedEx berbangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia mencapai kemajuan seterusnya.

“Hari Merdeka ialah detik penting untuk berhenti sejenak dan melihat sejauh mana negara ini telah berkembang maju. Pada hakikatnya, Malaysia sudah pun lama terhubung sebelum kami tiba,” ujar Woon Tien Long, Pengarah Urusan FedEx Malaysia.

Konsep amanat amat berkait rapat dengan operasi FedEx. Sejak ditubuhkan di Malaysia pada 1993, FedEx bukan sahaja menghantar kiriman, tetapi memenuhi amanat berjuta-juta pelanggan, untuk memastikan setiap janji ditunaikan dengan selamat dan tepat pada masanya.

“Jalan raya, landasan kereta api dan pelabuhan telah dibina oleh insan yang bekerja menyiapkan setiap kilometer hubungan pengangkutan, dan kami telah menyertai usaha ini pada 1993,” tambah beliau. “Apa yang kami usahakan sejak itu adalah menjadikan jarak perjalanan lebih singkat bagi perniagaan yang paling memerlukannya. Filem ini ialah cara kami menekankan bahawa perjalanan ini bukan milik kami sahaja.”

Dengan menjadikan dunia ini lebih mudah ditujui, FedEx memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dihubungkan dengan orang-orang tersayang dan peluang perniagaan. Sama ada pakar kraftangan tempatan di Kelantan yang menghantar hasil seni tangannya ke London, atau syarikat pemula di Pulau Pinang yang mahu mengemukakan prototaip atau ibu bapa di Johor yang mengirim barangan keperluan kepada anak di luar negara, FedEx bersedia menjadi jambatan penghubung.

Meneruskan Perjalanan Bersama

“Filem ini menjadi peringatan bahawa perjalanan Malaysia masih diteruskan,” kata Woon. “Peranan kami pada hari ini adalah memastikan bahawa generasi baharu ini terus melangkah maju untuk mencapai aspirasinya. Kami berbangga untuk menyokong rakyat Malaysia dalam langkah mereka membuka lembaran seterusnya bagi negara yang terbilang ini.”

Sempena ulang tahun ke-69 kemerdekaan Malaysia, FedEx menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menonton filem, mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang mendahului kita dan meraikan masa depan yang kita bina bersama, sambil mengingati bahawa kisah kemajuan Malaysia belum bernoktah dan perjalanannya masih diteruskan. –UTUSAN

 

The post AMANAT KITA: Kisah Kemajuan Malaysia Masih Diteruskan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved