Amang seksual kanak-kanak: Doktor pakar dipenjara tujuh tahun, tujuh sebatan

19 Jul 2026 • 6:41 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Amang seksual kanak-kanak: Doktor pakar dipenjara tujuh tahun, tujuh sebatan

KUALA TERENGGANU - Seorang doktor pakar otorinolaringologi (ENT) di sebuah hospital swasta dihukum penjara tujuh tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pesakit kanak-kanak lelaki pada 2022 dan 2023.

Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Safwan Mohd Soffian, 42, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan serta perintah pengawasan polis selama dua tahun bagi setiap pertuduhan pertama hingga keenam manakala bagi pertuduhan terakhir, penjara tujuh tahun dengan satu sebatan serta dua tahun pengawasan polis.

Kesemua hukuman penjara diarahkan berjalan serentak bermula hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki yang ketika kejadian berusia 11 dan 12 tahun di bilik konsultasi di sebuah hospital swasta di sini pada September, Oktober dan November 2022 serta April 2023.

Pertuduhan pertama hingga keenam dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala pertuduhan ketujuh di bawah Seksyen 14(d) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad dan Nur Azhani Azman manakala Mohd Safwan diwakili peguam Ahmad Kamal Abu Bakar, Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Fairuz Jusoh. - 19 Julai, 2026

The post Amang seksual kanak-kanak: Doktor pakar dipenjara tujuh tahun, tujuh sebatan appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved