Remaja, 17, direman disyaki rogol pelajar sekolah, 15

18 Jul 2026 • 5:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Remaja, 17, direman disyaki rogol pelajar sekolah, 15

TAWAU: Seorang remaja lelaki tempatan berumur 17 tahun direman tujuh hari pada Jumaat bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar berusia 15 tahun, yang juga kekasihnya, di sebuah rumah penginapan bajet di sini, Selasa lalu.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin mengeluarkan perintah reman sehingga 24 Julai selepas permohonan dikemukakan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Robiatul Adawiyah Japri, bagi membolehkan polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Berdasarkan keterangan kes yang dikemukakan di mahkamah, suspek yang tidak bersekolah ditahan sepasukan polis Dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Tawau sekitar jam 2.05 petang Khamis (16 Julai), susulan laporan polis dibuat mangsa dan abangnya, 28.

Sebelum itu, abang mangsa mengetahui adiknya tidak hadir ke sekolah, walaupun keluar rumah seperti biasa pada hari kejadian (14 Julai) sekitar jam 11.30 pagi selepas membuat semakan dengan guru kelas.

Pemandu bas sekolah kemudian memaklumkan mangsa turun di kawasan jejantas berhampiran sekolah.

Pengadu (abang mangsa) kemudiannya mengambil adiknya di rumah seorang wanita selepas mendapat maklumat keberadaannya pada jam 11 malam.

Dia seterusnya membawa adiknya ke Balai Polis Tawau untuk membuat laporan polis kerana mangsa mendakwa berjumpa dengan kekasihnya (suspek) dan dibawa ke sebuah rumah penginapan bajet serta melakukan hubungan seks.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved