
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan diperintah dikenakan tiga kali sebatan rotan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap adik perempuannya.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki terbabit mengaku terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Dia melakukan kesalahan itu ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun dan sebulan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam seluar adiknya untuk tujuan seksual.
Kesalahan itu berlaku antara 9 dan 23 Mac tahun ini pukul 10 malam di sebuah rumah di Papar.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 April tahun ini.
Lelaki itu juga diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan selama dua tahun semasa menjalani hukuman dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas menjalani hukuman itu.
Mahkamah diberitahu kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang tidur seorang diri di rumah apabila lelaki itu datang dan melakukan penderaan seksual terhadapnya.
Timbalan Pendakwa Raya Al Hakim tampil untuk pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
