
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa atas dua pertuduhan merogol sepupunya yang bawah umur.
Lelaki itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, atas kedua-dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Isnin.
Bagaimanapun, hukuman terhadap lelaki itu ditangguhkan kepada 23 Mei tahun ini.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dan dua bulan itu jam 12.30 tengah hari pada 5 Mei tahun ini di sebuah perhentian bas di Kimanis, Papar.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol remaja sama pukul 3 petang pada hari sama di sebuah kampung di Papar.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara menunggu fakta dan hukuman, lelaki itu diperintahkan direman lanjut.
Timbalan Pendakwa Raya Al Hakim tampil untuk pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

