
Kota Kinabalu: Seorang tukang kebun berusia 21 tahun yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan majikannya, dipenjara empat tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Usdien sipin yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya pada Khamis.
AdvertisementUsdien melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dan 10 bulan terbabit dengan memasukkan jarinya ke dalam alat sulit remaja itu pada tengah hari 7 Ogos tahun ini di bilik tidur sebuah rumah di Inanam.
Kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Mahkamah turut memerintahkan Usdien menjalani kaunseling semasa menjalani hukuman dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas dibebaskan daripada penjara.
Semasa mitigasi, Usdien merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia berasal dari kawasan pedalaman di Keningau.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dia juga memberitahu mahkamah bahawa pendidikannya hanya sehingga Darjah Enam.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sofia S. Sawayan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan atas alasan ia merupakan kesalahan serius.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah diberitahu bahawa Usdien bekerja di rumah mangsa dan pada hari tersebut, dia memasuki bilik mangsa dan melakukan amang seksual dengan memasukkan jarinya ke dalam alat sulit remaja berkenaan.
Remaja itu kemudiannya mendedahkan kejadian terbabit kepada ibunya yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya (bapa mangsa).
Bapa mangsa kemudian membawa mangsa ke hospital dan laporan perubatan menyatakan terdapat koyakan lama pada selaput daranya.
Susulan laporan polis, Usdien ditangkap.

