
SANDAKAN: Seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama 45 tahun dan diperintah dikenakan 30 kali sebatan rotan atas tiga pertuduhan merogol anak tirinya.
Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal, menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 31 tahun itu yang mengaku bersalah atas semua pertuduhan dihadapinya.
AdvertisementUntuk pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu dipenjara 15 tahun dan 10 kali sebatan rotan bagi setiap pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 13 tahun itu pada Julai tahun ini pukul 4 pagi dan 6 pagi di rumah sebuah ladang, di sini.
Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara untuk pertuduhan pertama dan kedua dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.
Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu dipenjara 15 tahun lagi serta 10 kali sebatan rotan kerana merogol remaja sama pada Oktober tahun ini di tempat yang sama.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara itu berturut-turut dengan hukuman pertuduhan pertama dan kedua.
Lelaki itu perlu menjalani hukuman penjara selama 30 tahun.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah diberitahu lelaki terbabit berpura-pura memeriksa adik-beradik mangsa di dalam bilik sebelum merogol remaja perempuan itu.
Ketika kejadian rogol itu, isteri lelaki berkenaan bekerja dan tiada di rumah.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak tampil untuk pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili.

