
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 28 tahun dihukum penjara tiga tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang perempuan bawah umur.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Qadir Augustine yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Abdul melakukan perbuatan itu ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun dan sembilan bulan itu dengan memeluk dan mencium pipinya pukul 11.20 pagi, 4 Feb tahun ini di sebuah restoran di Kota Belud.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Mahkamah memerintahkan Abdul menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 4 Feb tahun ini serta menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh penangkapannya.
Semasa mitigasi, Qadir merayu hukuman ringan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan kes itu berleluasa pada masa kini.
Mahkamah diberitahu kejadian itu berlaku ketika mangsa bekerja di dapur restoran itu apabila Qadir yang merupakan tukang masak di restoran sama, datang kepadanya, memeluk dan menciumnya dua kali tanpa persetujuannya.
Mangsa cuba mengelak daripada Qadir tetapi dia menarik tangan mangsa dan ia menimbulkan ketakutan kepadanya.
Mangsa selepas itu membuat laporan polis terhadap Qadir yang kemudiannya ditahan susulan laporan berkenaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

