
Kota Kinabalu: Seorang lelaki Indonesia berusia 53 tahun didakwa atas dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.
Tukang kebun Darwis Muhammad, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, pada Jumaat.
Bagi pertuduhan pertama, Darwis didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu di dalam sebuah pondok di Kg Pintasan, di Kota Belud pada November 2023.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol kanak-kanak sama di tempat dan masa yang sama pada 23 Dis, 2023.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 29 April tahun ini untuk pengurusan kes dan memerintahkan Darwis direman sementara menunggu kesnya selesai.
Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin tampil untuk pendakwaan manakala Darwis tidak diwakili.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 43 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan diperintah dikenakan sebatan kerana berulang kali mengambil syabu.
Ajery Kassim mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.
Dia didapati mengambil dadah itu pukul 6.10 petang pada 29 Jan tahun ini selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini.
Ajery mempunyai tiga rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.
Selepas menjalani hukuman penjara, Ajery diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

