Amarah Kereta Kena Tunda, Lori Pihak Berkuasa Pula Kena Bakar

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara kereta Perodua Axia ditunda, seorang lelaki tempatan bertindak membakar lori tunda Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 31 tahun itu membakar lori tunda MBJB yang diparkir di depoh simpanan kenderaan di Johor Bahru Waterfront.

Katanya, kenderaan milik suspek ditunda MBJB Rabu lalu dengan difahamkan tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar kompaun, selain enggan membuat rayuan kerana merasakan prosesnya rumit.

image is not available

“Semakan mendapati suspek telah menuang minyak petrol dan menyalakan api di sebuah lori tunda sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM10,000.

“Sehubungan itu, suspek tersebut telah ditahan pada pukul 1.06 petang hari sama, selain tong aluminium dan satu pemetik api digunakan dalam insiden itu turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Raub, semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan penggunaan dadah.

image is not available

“Ujian urin dibuat bagaimanapun mendapati dia negatif. Suspek kini direman selama lima hari sehingga 19 Ogos depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved