Nahas libat 11 kenderaan di Jalan Kebun Teh Lama

18 Aug 2025 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 11 kenderaan termasuk sebuah lori kren, enam kereta dan empat motosikal terbabit dalam kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama, Johor Bahru pada pagi Isnin. Foto JBPM Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 11 kenderaan termasuk sebuah lori kren, enam kereta dan empat motosikal terbabit dalam kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama berhampiran sebuah restoran pada pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.16 pagi itu, empat penunggang motosikal cedera ringan, manakala pemandu lori dan enam pemandu kereta lain dilaporkan selamat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Indra Sahreil A Bakar berkata, seramai 13 anggota dengan kekuatan tiga jentera iaitu Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan Rapid Intervention Motorcycle (RIM) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori kren Kato, enam buah kereta iaitu Mitsubishi Triton, Honda Jazz, Volkswagen Polo, Nissan Murano, Nissan Serena dan Proton Saga, serta empat buah motosikal jenis Honda RSX, Yamaha LC, Honda ADV dan Honda Wave.

“Empat penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans St. John dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.48 pagi selepas pemeriksaan lanjut dilakukan bagi memastikan tiada lagi mangsa lain terlibat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved