Amaran angin kencang, laut bergelora di sekitar perairan negara hingga Rabu

23 Feb 2023 • 4:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara hingga Rabu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 2 petang tadi memaklumkan Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang melebihi 60 kilometer sejam (kmj), dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter (m), dikeluarkan di kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North.

Selain itu, Amaran Kategori Kedua melibatkan fenomena angin kencang berkelajuan 50 hingga 60kmj dengan ombak hingga 4.5 meter, dikeluarkan di perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North.

Bagi Amaran Kategori Pertama, angin kencang berkelajuan 40 hingga 50kmj dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Rabu ini.

“Kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan juga dijangka berlaku angin kencang Kategori Pertama,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved