Ramalan hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 10 malam

20 Feb 2023 • 7:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 FEB: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda daerah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor hingga 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di seluruh Kuala Lumpur, Perlis Putrajaya beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved