Amaran Banjir Negeri Kelantan Hingga 19 Disember

LocalEnvironment
16 Dec 2024 • 12:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Banjir Negeri Kelantan Hingga 19 Disember

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Kelantan.

Keadaan ini dijangka menyebabkan paras air sungai meningkat dan melebihi paras bahaya, sekali gus berisiko mencetuskan banjir di beberapa jajahan.

Bagi jajahan Kuala Krai, banjir dijangka bermula pada esok, 17 Disember, dan berlanjutan sehingga 19 Disember.

image is not available
Kredit: JPS

image is not available
Kredit: JPS

Sementara itu, bagi jajahan Tanah Merah, banjir dijangka melanda bermula 18 Disember hingga 19 Disember.

image is not available
Kredit: JPS

image is not available
Kredit: JPS

METMalaysia turut memaklumkan bahawa banjir yang diramalkan ini mungkin berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” jelas METMalaysia.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi METMalaysia atau mengikuti Facebook @PublicInfoBanjir bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan amaran cuaca dan situasi banjir.