Amaran Bank Dunia harga makanan naik 17 peratus

Business & FinanceFood
29 Oct 2026 • 12:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amaran Bank Dunia harga makanan naik 17 peratus

WASHINGTON –  Bank Dunia memberi amaran semalam bahawa harga komoditi global dijangka meningkat  23 peratus menjelang akhir 2026, dengan harga tenaga berada pada paras tertinggi dalam tempoh empat tahun akibat perang ke atas Iran serta kenaikan harga makanan yang didorong oleh konflik global dan fenomena El Nino.

“Pasaran komoditi global terjejas akibat beberapa kejutan besar yang berlaku serentak,” kata Timbalan Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia, Ayhan Kose dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kos tenaga lebih tinggi dan gangguan perdagangan memacu peningkatan harga merentasi pelbagai jenis komoditi yang  mengancam untuk memburukkan lagi inflasi, krisis keterjaminan makanan serta pertumbuhan ekonomi.

Harga makanan dijangka meningkat 10 peratus tahun ini dan tujuh peratus lagi pada 2027, disebabkan oleh laluan bekalan bijirin terjejas akibat perang, impak El Nino yang ekstrem serta harga tinggi bahan api dan baja.

Harga tenaga diunjurkan meningkat 32 peratus tahun ini sebelum lega pada 2027,” kata  laporan Bank Dunia, dengan andaian konflik di Iran dan Ukraine tidak akan menjadi semakin buruk.

Harga tenaga dan baja global melonjak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada akhir Februari lalu. – AFP

 

The post Amaran Bank Dunia harga makanan naik 17 peratus appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved