Amaran cuaca buruk: Jawatankuasa pengurusan bencana diarah tingkat kesiapsiagaan

22 Nov 2025 • 10:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah perlu meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana terutama di kawasan berisiko tinggi susulan amaran hujan berterusan peringkat buruk serta waspada di enam negeri.

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi notis kesiapsiagaan operasi bencana dikeluarkan hari ini, memaklumkan akan memantau situasi itu dengan kerjasama pelbagai pihak berkaitan.

“Pihak jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi keperluan asas.

“Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) perlu mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” menurut notis itu.

NDCC memaklumkan siap siaga untuk menerima maklumat, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui talian 03-8064 2400, faksimili 03-8064 2429 dan e-mel opsroom@nadma.gov.my.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan bermula hari ini hingga 24 Nov.

Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) untuk tempoh sama manakala situasi serupa diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu sehingga 26 Nov.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved