Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 November – MetMalaysia

LocalEnvironment
21 Nov 2025 • 6:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 November – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (merangkumi daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) hingga Isnin (24 Nov).

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini (26 Nov).

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

BACA: KPM Perkenal Sekolah Terapung Tasik Banding, Inovasi Baharu Tangani Keciciran Murid

The post Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 November – MetMalaysia appeared first on Siakap Keli.