Amaran cuaca buruk landa beberapa negeri hingga 7 malam ini

LocalEnvironment
5 Aug 2026 • 4:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Amaran cuaca buruk landa beberapa negeri hingga 7 malam ini

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan  lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan beberapa negeri iaitu, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah di Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu.

Bagi Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, dan Kampar.

Amaran sama turut dikeluarkan di Kelantan antaranya Jeli dan Tanah Merah, manakala Pahang di tanah tinggi Cameron dan Rompin.

“Sementara itu Johor antaranya di Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi.

“Sabah antaranya di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Di Sarawak pula, kawasan terlibat antaranya di Betong, Sarikei (Julau), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau),” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN

The post Amaran cuaca buruk landa beberapa negeri hingga 7 malam ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved