Pemain Thai Maut, Warga Malaysia Cedera Disambar Petir Ketika Perlawanan Bola Sepak

LocalFootball
5 Aug 2026 • 9:08 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Pemain Thai Maut, Warga Malaysia Cedera Disambar Petir Ketika Perlawanan Bola Sepak

NARATHIWAT, (Bernama) — Seorang pemain kelab bola sepak Thailand maut manakala seorang warga Malaysia cedera selepas disambar petir ketika perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok, di sini, Selasa petang semalam.

Ketua Polis Sungai Golok, Kol. Thun Sirikhunt berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira 5 petang waktu tempatan, apabila perlawanan diteruskan sebelum petir tiba-tiba menyambar bahagian tengah padang.

“Kejadian itu mengakibatkan lebih sembilan individu cedera, manakala seorang warga Thailand, Sofwan Awae, 24, pemain Yala FC, meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pemain warga Malaysia yang cedera dalam insiden itu dikenal pasti sebagai Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli, 22.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.30 petang, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati Sofwan berada dalam keadaan kritikal.

“Walaupun pasukan perubatan kecemasan berusaha sedaya upaya menyelamatkannya, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami,” katanya.

Thun berkata semua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk menerima rawatan, manakala polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

The post Pemain Thai Maut, Warga Malaysia Cedera Disambar Petir Ketika Perlawanan Bola Sepak appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved