Amaran hujan berterusan di dua negeri

LocalEnvironment
26 Nov 2026 • 4:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran hujan berterusan di dua negeri
Amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu hingga Ahad ini. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR -  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu hingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Kelantan, kawasan yang terlibat meliputi Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.

Analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di timur Semenanjung hingga Ahad ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kedua-dua negeri berkenaan sepanjang tempoh itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang serta media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi mudah alih myCuaca. -Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved