Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Sabah bermula Isnin

16 Dec 2023 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada selama empat hari bermula Isnin ini di Pahang dan Johor manakala di Sabah pada 18 dan 19 Disember.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, amaran itu melibatkan kawasan sekitar Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, di Johor, dan Rompin di Pahang.

Di Sabah, amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. - Bernama