Amaran hujan berterusan di Pantai Timur hingga Rabu

LocalEnvironment
8 Mar 2025 • 4:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu sehingga 12 Mac ini.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu sehingga 12 Mac ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan angin timuran yang sedang berlaku, dijangka berterusan sehingga Rabu.

"Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu.

"Oleh itu MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hisham berkata, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 11 Mac.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved