Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

8 Mar 2025 • 4:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga jam 5 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula termasuk Hulu Perak, Kampar dan Batang Padang.

“Di Kelantan, beberapa daerah turut dijangka hujan iaitu Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Sementara di Terengganu hanya dua daerah diramal hujan iaitu di Hulu Terengganu dan Dungun.

“Bagi Pahang, kawasan yang terlibat adalah Jerantut, Maran dan Rompin. Selain itu di Johor melibatkan kawasan seperti Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Beralih negeri Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02CwhPBKvkY7Hi6ufarXBCXqtaRxgSEpxHmiDLzmqcZrGn4BtgXBtb42vetLZu6N98l