Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah

19 Dec 2023 • 3:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan sehingga Khamis dijangka melanda kawasan Rompin, di negeri Pahang, manakala di Johor melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sabah pula melibatkan kawasan Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud di bahagian Pantai Barat selain Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan peringkat waspada juga dijangka melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu serta beberapa kawasan di Pahang iaitu Jerantut, Kuantan dan Pekan bermula Khamis ini hingga 25 Dis.