Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor, Sabah

19 Dec 2023 • 4:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan 123RF.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah pada Selasa.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan sehingga Khamis dijangka melanda kawasan Rompin, di negeri Pahang, manakala di Johor melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sabah pula melibatkan kawasan Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud di bahagian Pantai Barat selain Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan peringkat waspada juga dijangka melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu serta beberapa kawasan di Pahang iaitu Jerantut, Kuantan dan Pekan bermula Khamis ini hingga 25 Disember. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved