Amaran Hujan Berterusan Di Sabah Dan Sarawak Sehingga 7 Ogos

6 Aug 2022 • 9:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)

Amaran Hujan Berterusan Di Sabah Dan Sarawak Sehingga 7 Ogos. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan, dan diarahkan supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan, susulan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 11 malam tadi turut melibatkan Labuan serta beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.

image is not available
Amaran Hujan Berterusan Di Sabah Dan Sarawak Sehingga 7 Ogos

Beberapa kawasan di Sabah Sarawak yang terjejas

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi catatan di Facebook memaklumkan arahan itu dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning) dikeluarkan MET Malaysia untuk beberapa kawasan di Sarawak iaitu Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

image is not available
Amaran Hujan Berterusan Di Sabah Dan Sarawak Sehingga 7 Ogos. Kredit foto: FB Malaysian Meteorological Department

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah telah diarah untuk diaktifkan, dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

“NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal,” menurut catatan itu.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk peka dan sentiasa mengambil tahu tentang keadaan cuaca terkini. Anda boleh melayari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, media sosial Malaysia Meteorological Malaysia atau muat turun aplikasi myCuaca untuk perkembangan semasa ramalan cuaca di seluruh Malaysia.

Kenali aplikasi Sarawak Smart City yang dicipta bagi membantu mengesan ketinggian paras air: