Amaran hujan berterusan di Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat

LocalEnvironment
22 Mar 2025 • 3:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa tempat di Sabah, Kelantan dan Terengganu, mulai esok hingga Isnin.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.45 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan di Sabah, hujan berterusan dijangka melanda kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Di Kelantan pula ia dijangka membabitkan kawasan sekitar Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.