Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah

LocalEnvironment
5 Feb 2025 • 9:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pagi ini, memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di beberapa kawasan meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Bintulu.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah hari ini, melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini di laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638. - Bernama