Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak, Sabah dan Labuan Tamat

7 Aug 2022 • 1:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Metrologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan penamatan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di Sarawak, Sabah dan Labuan yang bermula Jumaat lalu.

Menurut kenyataan MetMalaysia, penamatan itu susulan cuaca di negeri berkenan dijangka bertambah baik.

“Keadaan cuaca di Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka bertambah baik.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan pada jam 11 malam, 5 Ogos lalu untuk kawasan berkenaan dengan ini ditamatkan,” menurut kenyataan itu.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi Jabatan Metrologi Malaysia.

“Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi METMalaysia bagi mengetahui sebarang maklumat atau menghubungi talian hotline, 1-300- 22-1638 untuk pertanyaan lanjut,” tambahnya. - Getaran, 7 Ogos 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved