Amaran hujan berterusan di tiga negeri hingga esok

LocalEnvironment
11 Nov 2026 • 3:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Amaran hujan berterusan di tiga negeri hingga esok

SHAH ALAM, 11 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah sehingga esok (12 Nov).

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara sehingga 12 November.

“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan melibatkan tujuh kawasan iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah.

"Di Terengganu, empat kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

"Sementara itu, amaran sama di Sabah melibatkan Kudat dan Pitas dalam bahagian Kudat serta Paitan dalam bahagian Sandakan," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca dan saluran media sosial rasmi jabatan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved