Amaran hujan berterusan hingga Jumaat

14 Feb 2023 • 4:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di beberapa kawasan di Sabah bermula esok sehingga Jumaat (17 Feb).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu, amaran hujan lebat (peringkat kuning) yang diramal di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang kini ditamatkan. -Bernama