MetMalaysia: Amaran hujan berterusan

12 Feb 2023 • 1:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini hingga Rabu (15 Feb).

Berdasarkan notis yang dikeluarkan tengah hari ini, kawasan amaran di negeri itu melibatkan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Sabah mulai Rabu (15 Feb) hingga Jumaat (17 Feb) melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat. -Bernama