Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Beberapa Negeri, NADMA Keluar Notis Kesiapsiagaan

20 Dec 2023 • 11:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu laporan baru-baru ini mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah (JPBN/JPBD) diaktifkan susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan oleh MetMalaysia yang melibatkan beberapa kawasan.

Agensi berkenaan dalam Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana itu meminta JPBN dan JPBD untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

Dalam masa yang sama, JPBN dan JPBD diminta untuk memastikan semua pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas, dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset yang mencukupi dan berada dalam keadaan baik selain ianya bersedia untuk digunakan.

image is not available

Selain itu, Nadma melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

Terdahulu, MetMAlaysia memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Rompin, Pahang dan beberapa kawasan di Johor seperti Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan juga Johor Bahru sehingga esok.

image is not available

Sementara itu, hujan berterusan juga dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan, Terangganu dan beberapa kawasan di Pahang iaitu Jerantut, Kuantan dan juga pekan bermula esok (21 Disember) hingga 25 Disember nanti.

Berikutan dengan amaran tersebut, penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai diminta berwaspada dan dijangkakan berkemungkinan banjir gelombang ketiga juga akan berlaku di Terengganu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.