Hujan Lebat Di 5 Negeri, 1 Wilayah Hingga Tengah Hari

21 Nov 2025 • 9:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di 5 Negeri, 1 Wilayah Hingga Tengah Hari

Sebanyak lima negeri dan wilayah diramal akan mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 1 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan hujan lebat itu akan berlaku di seluruh Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di Perak, hujan lebat akan berlaku di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Manakala di Selangor pula melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

Bagi negeri Melaka daerah yang terjejas ialah daerah Alor Gajah dan Jasin.

Sementara itu, hujan lebat juga dijangka berlaku di Johor iaitu di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Hujan Lebat Di 5 Negeri, 1 Wilayah Hingga Tengah Hari appeared first on Siakap Keli.