Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Lima Negeri Hingga Selasa – MetMalaysia

12 Dec 2025 • 2:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Lima Negeri Hingga Selasa – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di beberapa kawasan bermula 13 Disember (esok) sehingga 16 Disember (Selasa) ini.

Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Kelantan, Pahang, Johor dan seluruh negeri Terengganu bermula 14 Disember hingga 16 Disember ini.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh)

“Seluruh Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” maklum kenyataan itu.

Selain itu, beberapa kawasan lain di Sarawak juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang serupa bermula esok, 13 Disember hingga 16 Disember ini.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah dalam tempoh Sabtu, 13 Disember 2025 sehingga Selasa, 16 Disember 2025,” maklum kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.