Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak hingga esok

7 Feb 2025 • 1:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan tengah hari ini memaklumkan hujan berterusan itu dijangka berlaku di Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

Keadaan sama juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

– BERNAMA