Klang antara empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam

7 Feb 2025 • 7:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 FEB: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda Klang, Petaling, Kuala Langat serta Sepang di Selangor hingga 9 malam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department