Ribut Petir, Angin Kencang Diramal Melanda Sabah, Sarawak Mulai Esok

12 Jul 2023 • 12:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ribut petir, angin kencang diramalkan landa Sabah dan Sarawak mulai 13 Julai

Ribut Petir, Angin Kencang Diramal Melanda Sabah, Sarawak Mulai Esok. Ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di perairan barat Sabah dan utara Sarawak selama tiga hari bermula pada hari Khamis (13 Julai), menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia pada pukul 2 petang semalam (11 Julai), keadaan cuaca itu diramalkan berlaku akibat sistem tekanan rendah yang dijangka berkembang di sebelah barat Filipina dan akan bergerak ke arah barat laut menuju China selatan.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: Bernama

“Situasi ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan kepekatan angin barat di perairan barat Sabah dan utara Sarawak mulai 13 hingga 15 Julai.

“Ia berpotensi menghasilkan petir dengan hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut sepanjang tempoh tersebut,” kata kenyataan tersebut, memetik laporan.

Amaran angin kecang telah dikeluarkan, orang ramai diminta melayari laman web MetMalaysia untuk mendapat maklumat terkini

Bahkan,MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan mulai 15 hingga 18 Julai.

Gambar hiasan. Sumber: sinarharian

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk melayari laman web www.met.gov.my dan semua halaman media sosial rasmi MetMalaysia atau memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Baca juga artikel yang berkaitan: