Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Sarawak, Dijangka Berlarutan Hingga Isnin

19 Jan 2025 • 1:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tanpa henti hingga Isnin

Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Sarawak, Dijangka Berlarutan Hingga Isnin. Dilaporkan, hujan lebat tanpa henti dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga Isnin (20 Januari), menurut amaran terkini dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataan tersebut, MetMalaysia menyatakan bahawa beberapa bahagian di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah akan terus menerima hujan lebat sehingga esok.

image is not available
Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Sarawak, Dijangka Berlarutan Hingga Isnin. Sumber gambar: Harian Metro

“Selain itu, hujan berterusan juga dijangka berlaku di Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) serta Kapit (Song) hingga Isnin,” tambah kenyataan itu.

Oleh itu, MetMalaysia menggesa orang ramai untuk sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan rendah.

Jangan lupa untuk sentiasa peka dengan kemas kini cuaca terkini!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved