Amaran Hujan Lebat Di 10 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
9 Jun 2026 • 5:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Hujan Lebat Di 10 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Amaran Hujan Lebat Di 10 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri dan wilayah sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran tersebut melibatkan seluruh negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam pada itu, hujan lebat juga diramal berlaku di Kubang Pasu, Kedah.

Manakala di Perak pula membabitkan kawasan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Kelantan, amaran hujan lebat dijangka di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Seterusnya, enam kawasan di Terengganu juga akan dilanda hujan lebat iaitu di Besut, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Bagi negeri Pahang, ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan dan Bera.

Selain itu, hujan lebat juga diramal di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di negeri Selangor.

Baca juga:

Amaran hujan lebat di negeri Johor pula hanya melibatkan dua daerah iaitu di Segamat dan Pontian.

Beralih ke Sarawak, daerah Kuching (Kuching), Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang dijangka terlibat.

Begitu juga dengan negeri Sabah iaitu di Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Image from: Amaran Hujan Lebat Di 10 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Kredit: MetMalaysia

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved