Amaran ribut petir di 5 negeri, Kuala Lumpur dan Labuan

LocalEnvironment
9 Jun 2026 • 9:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir di 5 negeri, Kuala Lumpur dan Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Labuan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Labuan sehingga 12 tengah malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, selain beberapa daerah di Pahang iaitu Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan serta Rompin.

Di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat manakala di Johor membabitkan Batu Pahat serta Pontian.

Di Sabah, keadaan cuaca sama diramalkan berlaku di kawasan Pedalaman meliputi Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, selain Ranau di Pantai Barat, Lahad Datu di Tawau serta Tongod, Telupid dan Kinabatangan di Sandakan.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Serian, Sri Aman dan Betong, selain Pakan dan Julau di Sarikei, Kanowit di Sibu, Bintulu dan Sebauh di Bintulu serta Miri dan Limbang. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved