Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 Wilayah Hingga 11 Malam Ini

9 Sep 2025 • 9:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 Wilayah Hingga 11 Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri dan satu Wilayah hingga jam 11 malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Batang Padang dan Muallim di Perak, manakala fenomena cuaca tersebut turut diramal akan melanda kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut di Pahang.

MetMalaysia melaporkan amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Di Sabah, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna).

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.