Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri, 1 WP – METMalaysia

9 Sep 2025 • 4:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri, 1 WP – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan negeri Johor dan WP Labuan.

“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.

“Di Terengganu pula, daerah yang terlibat adalah Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun, manakala di Pahang membabitkan daerah Pekan dan Rompin,” maklum METMalaysia.

Sementara itu, negeri Sarawak membabitkan daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Bintulu, Miri dan Limbang.

Manakala, daerah terlibat di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia